Sejauh Manakah Hubungan Amira Othman & Ippo Hafiz?




Amira Othman terkejut dengan gosip yang mengatakan dia sedang berkawan rapat dengan penyanyi dan komposer Ippo Hafiz.

Amira atau nama sebenar Nadia Amira Othman, 24, berkata dia tidak pernah berhubung secara rapat dengan penyanyi tersebut dan hanya bertemu di acara atau majlis hiburan sahaja.

"Saya terkejut apabila dapat tahu tentang gosip saya dan Ippo. Kelakar pun ada juga. Yela, saya dan dia tidak pernah berhubung secara peribadi.

"Kalau jumpa dia pun di acara atau majlis hiburan yang sama-sama hadir. Jadi, dari mana datangnya kami berkawan rapat?

"Saya nak tegaskan yang gosip tersebut semuanya tidak betul," kata Amira ketika dihubungi mStar Online pada Ahad.

Khabar angin yang mengatakan Amira sedang berkawan rapat dengan penyanyi lagu Kekal Bahagia itu ditulis menerusi ruang gosip di akhbar tempatan pada Sabtu lalu.

Sementara itu, Amira juga berharap selepas ini tidak ada mana-mana pihak yang mengaitkan dia dengan mana-mana selebriti lelaki.

Menurut penyanyi lagu Hati-Hati ini, dia perlu menjaga hati banyak pihak dan tidak mahu orang memandang serong dengannya yang berimej wanita bertudung.

"Janganlah gosipkan saya dengan sesiapa lagi selepas ini. Saya perlu jaga hati banyak pihak termasuklah keluarga.

"Takut nanti orang salah faham dengan saya yang membawa imej wanita bertudung tapi kerap ada gosip cinta," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Amira bakal memasuki studio untuk merakam lagu baru ciptaan penyanyi Hael Husaini tidak lama lagi.

"Insya-Allah dalam masa terdekat ini saya akan masuk studio untuk rakam lagu baru. Lagu tersebut hasil ciptaan penuh Hael Husaini.

"Tajuk belum ada lagi sebab masih menunggu komposer Edry Abd Halim yang masih bercuti di London.

"Edry yang akan terbitkan lagu tersebut, sebab itu kena tunggu dia balik," katanya.
- Apakes
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment