Biarpun usia sudah memasuki 25 tahun, Ruhainies belum memikirkan tentang perkahwinan kerana merasakan dirinya masih mempunyai banyak tanggungjawab terhadap keluarga. Malah jelasnya, masih banyak impian untuk membahagiakan orang tuannya belum tercapai.
“Bukannya tidak mahu kahwin tapi buat masa ini belum terfikir ke arah itu. Saya ingin memenuhi ‘wishlist’ terlebih dahulu sebelum berumahtangga.
Sejak kecil lagi, saya selalu berangan apabila sudah bekerja, saya ingin membahagiakan orang tua terlebih dulu. Mahu belikan rumah yang lebih selesa dan menghantar mereka menjalankan haji”
“Walaupun sudah bekerja sendiri dan banyak penggambaran dijalankan sekitar ibu kota tetapi saya masih tinggal di rumah orang tua kerana tidak boleh berjauhan. Saya rasa kalau saya sudah berkahwin sekali pun, saya akan tinggal di rumah yang dekat dengan ibu bapa. Ikatan kekeluargaan kami sangat rapat,” jelasnya.
Kerana keakraban hubungan kekeluargaan juga membuatkan Ruhainies enggan berjauhan dengan keluarga walaupun sudah mempunyai suami kelak.
Sebelum ini Ruhainies pernah juga digosipkan dengan selebriti kacak, Azrel Ismail, namun kedua pihak menafikan hubungan itu. Dan sehingga kini Ruhanies masih tegas menyatakan beliau masih ‘single’.
Jadi memang berita baik untuk semua leleki bujang di luar sana. Bukan sahaja cantik tetapi juga bersikap ‘wife material’ kerana meletakkan kebahagiaan orang tua dahulu sebelum diri sendiri.
Semoga Ruhainies akan terus sukses dalam kerjayanya dan dapat memenuhi impian untuk orang tuanya. - Apakes
0 comments:
Post a Comment