Aliff Syukri Bengang Tudung Diciplak Di Vietnam
Baru-baru ini Aliff Syukri telah berkunjung ke Vietnam. Jangan risau, kali ini dia tidak makan di tepi jalan namun apa yang jutawan kosmetik ini jumpa di sana membuatkan dirinya cukup bengang.
Manakan tidak, rekaan tudung jenamanya telah diciplak malah lebih teruk lagi, diletakkan pula jenama Naelofar di atasnya.
Melalui rakaman video pendek di Instagram tersebut, Aliff menyatakan rasa tidak puas hatinya. Seperti biasa, rata-rata warga laman sosial menyatakan pendapat masing-masing malah ada yang sedia maklum tentang perkara tersebut.
Sementara itu dalam muatnaik video lain, Aliff menerangkan bahawa kunjungan dia ke Vietnam sebenarnya adalah untuk melihat sendiri selain membanteras gejala cetak rompak rekaan tudung di sana.
“Macam ni lah. Ramai yang kondem dan hentam saya pasal tudung jenama @aliff_syukri. Tapi mereka tak tahu apa yang saya rasa. Saya tahu dan sedar kalau LV pun org tiru tapi video saya ni just nak bagitau kat semua orang, industri fesyen muslimah kita sekarang ni memang tengah sakit sebab masing-masing menyokong barang tiruan”
“Sebelum ni banyak jenama lain mereka tiru tapi tiada tindakan. Sekarang saya punya jenama pulak kena. Dah lah naik bisnes separuh mati, orang senang-senang je ciplak,” luahnya di laman sosial tersebut.
Sebelum ini, Neelofa turut menerima tekanan yang sama melalui rekaannya yang dicetak rompak dan perkara ini dilihat sungguh sukar untuk dibanteras.
Sekian saja laporan tentang perkembangan jutawan kosmetik kegemaran anda untuk minggu ini. - Apakes
0 comments:
Post a Comment