Rita Rudaini Sokong Anak Aktif Bola Sepak
Seorang ibu yang peka dengan minat anak-anak pastinya tidak menghalang mereka melakukan perkara yang diingini.
Selari dengan pembesaran anaknya, Rita Rudaini dalam masa yang sama turut memberi dorongan buat anaknya menceburi suka bola sepak.
“Apabila gurunya di sekolah meminta kebenaran untuk Rayyan terbabit dalam pasukan bola sepak sekolah, saya tidak keberatan asalkan dia berminat. Saya pun bertanya kepada Rayyan dan dia berminat. Jadi buat apa saya nak halang”
“Saya tidak perlu bersusah payah cari jurulatih peribadi sekiranya bekas suami ada. Sedikit sebanyak dia boleh membantu menyediakan kelengkapan sukan dan melatih Rayyan tetapi sekarang saya kena buat sendiri dan bertanya kepada orang lain,” jelasnya.
Sementara itu bagi Rita, kali pertama melihat anaknya bermain bola sepak adalah sesuatu yang melucukan kerana cahaya matanya sebelum ini tidak biasa dengan sukan di padang dan lebih ke arah suka catur. - Apakes
ReplyDeleteALIENBOLA
ALIEN BOLA