Diana Rafar, Zamarul Hisham Selamat Timang Anak Kedua



Tahniah diucapkan kepada Diana Rafar dan juga suami, Zamarul Hisham kerana telah selamat menyambut cahaya mata kedua (perempuan), diiringi azan Asar pada 22 Ogos di sebuah hospital swasta di Shah Alam. Anak kedua mereka ini diberi nama Kayla Reysha.

“Saya bertarung nyawa kira-kira sejam. Namun, Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan. Tapi saya banyak membaca surah Yasin dan mendengar zikir yang menyejukkan hati pada waktu malam”

“Kuasa Allah dengan kalimah suci yang saya amal dan bacakan cukup besar hingga dipermudahkan urusan bersalin,” katanya. Anak pertama pasangan ini sudah berusia tujuh tahun.

Apa yang penting, semoga Diana sentiasa berada dalam keadaan sihat sepanjang masa berpantang selain dipermudahkan segala urusan mereka. - Apakes
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment