Remaja Maut Kes Langgar Lari
BANDAR SERI JEMPOL - Seorang remaja maut apabila motosikal ditungganginya dipercayai dilanggar lari sebuah kenderaan, di Kilometer 1 Jalan Bahau-Juasseh, di sini, awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Noorzainy Mohd Noor, berkata kejadian kira-kira jam 5 pagi itu menyebabkan Muhammad Hijas Ridzwan Khamis, 17, dari FELDA Palong Tiga, di sini, maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan anggota badan.
Katanya, siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berlaku di simpang empat berhampiran Taman Sornam, di sini.
"Polis masih menjalankan siasatan, termasuk meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dari premis berhampiran bagi mengenal pasti kenderaan yang melanggar mangsa," katanya.
Noorzainy berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Jempol, di sini dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Apakes
0 comments:
Post a Comment