Abang Bunuh Adik




SITIAWAN - Remaja berusia 15 tahun maut dipercayai dibunuh abangnya di sebuah rumah di Simpang Lima, Pekan Gurney di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Muhammad Hanif Othman, berkata kejadian itu dimaklumkan orang awam kepada polis pada jam 7 petang.

Katanya, kejadian dipercayai berlaku akibat perselisihan faham.

"Mangsa ditikam abangnya berusia 30 tahun yang dipercayai mempunyai masalah mental dengan menggunakan pisau.

"Akibat kejadian itu mangsa meninggal dunia di tempat kejadian," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, suspek ditahan selepas dipujuk dan pisau yang digunakan turut dirampas.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya. - Apakes


Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment