Pekerja Restoran Maut Dirempuh Myvi




DUNGUN - Seorang pekerja sebuah restoran makanan segera maut selepas motosikal yang ditungganginya dirempuh sebuah kereta di Kilometer 97.5, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, di persimpangan lampu isyarat depan Balai Polis Paka, pagi ini.

Dalam kemalangan jam 12.30 tengah malam, Abu Hurairah Ameeruddin Abd Karim, 16, mati di tempat kejadian.

Ketika kejadian, mangsa baru selesai bertugas dan dalam perjalanan pulang ke rumah di Kampung Limbong di sini.

Setiba di persimpangan terbabit, motosikal jenis EX5 yang ditungganginya dirempuh kereta Perodua Myvi yang datang dari arah Paka ke Dungun.

Rempuhan kuat terbabit menyebabkan mangsa melambung sehingga terpelanting ke tiang lampu isyarat.

Pemandu Myvi terbabit, Mohamad Zulfazli Zohadi, 24, tidak cedera.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Ahmad Zailani Yaacub ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.  - Apakes

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment