Didie Alias Failkan Prosiding Hina Mahkamah Terhadap Datuk Rafiena





Pelakon dan pengacara Didie Alias mengambil keputusan untuk memfailkan prosiding menghina mahkamah terhadap penerbit drama, Datuk Rafiena Datuk berikutan kenyataan yang dikeluarkan di rancangan Melodi yang bersiaran pada 16 Julai lalu. Perkara itu disahkan sendiri oleh peguamnya, Azlan Abdul Razak.

“Apabila suatu kes telah didaftarkan di mahkamah, hanya mahkamah yang akan menjadi penentu keputusan. Semua pihak harus menghormati prosiding yang sedang berlangsung dan tidak harus memberikan sebarang komen yang mungkin membawa prejudis kepada mana mana pihak”

“Saya mendapat arahan anak guam untuk memulakan suatu prosiding komital menghina mahkamah atas sebab yang anak guam percaya komen yang dilontarkan oleh Plaintiff Kedua (Rafiena) telah memprejudiskan kes ini dan ianya mencetuskan skandal terhadap badan kehakiman,” jelasnya kepada Rotikaya.

Pihak Didie sudah cuba untuk menyelesaikan perkara itu secara baik tetapi ditolak Rafiena. Malah menurut Didie, Rafiena tidak pernah menghubungi atau cuba berbincang dengannya selepas memfailkan tuntutan itu.

“Saya sudah lakukan sehabis baik mengikut skop kerja yang diberikan. Tapi mungkin disebabkan sedikit masalah kecil membuatkan proses kerja itu tak berjalan lancar”

“Saya tak kisah kerana siapa yang mengenali saya pasti lebih tahu bagaimana saya bekerja. Saya tetap dengan pendirian tak bersalah,” katanya kepada portal berita tersebut sebelum ini. - Apakes
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment