"Masih Belum Ada Rezeki" - Marsha Milan




Penyanyi dan pelakon Marsha Milan memberitahu tidak berasa tertekan apabila disoal mengenai zuriat walaupun ada di antara rakan-rakan artisnya sudah pun mempunyai anak.

Dia bagaimanapun, beranggapan bahawa perkara tersebut adalah rezeki daripada Tuhan.

“Tak adalah pressure mana, cuma kadang-kadang macam bestnya kawan-kawan dah dapat baby, bilalah pula turn kita.

Cuma berharap dimurahkan rezeki untuk dapat zuriat, Insha Allah,” katanya yang ditemui di Majlis Sidang Media #TerobekRaya.

Tambahnya lagi, keluarganya serta mertua tidak memaksa malah turut memberikan sokongan buatnya dengan mengutamakan kesihatan serta diberikan petua-petua untuk diamalkan oleh Marsha sendiri.

“Anak itulah Insha Allah, mereka ok tak ada rushing, cuma macam mereka agak pentingkan kesihatan Marsha macam input nak jaga, petua-petua macam itu.

Sebenarnya, Marsha rehat sebelum ini pun untuk mencuba tetapi macam orang kata bila kita terlalu fikirkan, jadi Marsha malas nak fikirkan”

“Insya-Allah kalau ada rezeki adalah,” ujarnya yang juga akan menyertai AF Megastar bermula minggu hadapan. - Apakes

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment