Kapal Kargo Bawa Botol Arak Ditahan
MIRI - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Miri menahan sebuah kapal kargo membawa kereta dan botol minuman keras kerana gagal mengemukakan dokumen sah di perairan Miri, malam kelmarin.
Pengarah APMM Miri, Fauzi Othman berkata, semua sepuluh kru kapal kargo Tuong Kiong II termasuk kapten berusia 19 hingga 58 tahun berada di kapal itu ketika pemeriksaan dibuat.
"Kapal kargo itu didapati melanggar peraturan Ordinan Perkapalan Saudagar 1952/1960 dan Akta Kastam," katanya hari ini.
Beliau berkata, kapal kargo itu ditahan bot peronda APMM pada jam 10.10 malam di kawasan 2.5 batu nautika dari perairan muara Sungai Miri. - Apakes
0 comments:
Post a Comment