Jemaah Haji Meninggal Dunia

 


Jemaah haji, Ghazali Abd Rahim, 43, dilaporkan meninggal dunia akibat serangan jangkitan kuman pada paru-parunya di Madinah, 7.25 malam waktu Arab Saudi, Sabtu lalu.

Lembaga Tabung Haji (TH) dalam kenyataannya berkata, Allahyarham yang berasal dari Taman Pengkalan Harapan, Ipoh, Perak berlepas ke Tanah Suci ditemani isterinya, Fatimah Zaharah Ghazalli pada 30 Julai lalu.

"Mereka berlepas dengan menaiki penerbangan XY06B dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang ke Madinah.

"Jenazah Allahyarham sudah diuruskan oleh petugas TH dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Baqi', Madinah, selepas subuh semalam (kelmarin)," katanya.

Majlis ziarah diadakan di kediaman waris Allahyarham di Kuarters Kolej Vokasional Klang dan turut dihadiri Pengerusi TH Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim serta Pengarah Urusan Kumpulan TH, Datuk Seri Johan Abdullah, hari ini.

TH turut menyampaikan sumbangan Takaful Khairat Kematian, air zam-zam dan kurma kepada waris.

Dalam kenyataan itu, TH turut akan melaksanakan badal haji untuk Allahyarham dan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga jemaah haji berkenaan. - Apakes
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment