4 Maut Kereta Terbabas




Empat orang termasuk tiga warga Myanmar maut dalam kemalangan di Kampung Batu Karang, Rantau Panjang, hari ini.

Kemalangan 4.15 pagi itu berlaku apabila kereta dinaiki lima lelaki iaitu dua warga tempatan dan tiga warga asing itu dalam perjalanan dari Rantau Panjang menghala ke Kota Bharu.

Sampai di lokasi kejadian, kenderaan dinaiki mereka hilang kawalan dan terbabas melanggar tiang elektrik.

Akibat nahas itu, tiang elektrik menghempap kereta mangsa dan menyebabkan tiga daripadanya maut.

Dua warga tempatan iaitu pemandu dan penumpang bahagian hadapan parah dan dikejarkan ke Hospital Pasir Mas.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas,Asisten Komisioner Ibrahim Saad berkata, tiga mangsa maut di lokasi kejadian dan seorang meninggal dunia di hospital.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang, Penolong Penguasa Bomba Mohd Adni Ibrahim berkata, empat mangsa tersepit iaitu tiga penumpang bahagian belakang dan seorang penumpang hadapan.

"Kita mengambil masa lebih setengah jam untuk mengeluarkan kesemua mangsa yang tersepit sebelum menyerahkan kepada pihak polis," katanya ketika dihubungi, hari ini. - Apakes
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment