Hafiz Hamidun Dakwa Isteri Acah Acah Suci?




Mahu tunggu penjelasan daripada kedua dua pihak ini masih lagi belum ada penyelesaian dan baru-baru ini, isteri Hafiz Hamidun iaitu Joy Revfa telah memuatnaik status yang boleh tahan panjang juga – menceritakan serba sedikit dan memberikan bayangan tentang apa yang berlaku dalam rumahtangga mereka.

Dalam kenyataannya tersebut, Joy ada menyebut beberapa perkara yang dilihat menjadi topik utama perkara ini berlanjutan. Jujurnya, tertanya juga mengapa perkara ini sehabis boleh mahu diluahkan di sosial media sedangkan masing masing boleh berbincang secara matang.

Berikutan perkara tersebut, mungkin juga Hafiz Hamidun sudah hilang sabar lalu meninggalkan komen dan dalam masa yang sama, isterinya turut membalas kenyataan tersebut di laman sosial.

Lebih menarik lagi, melalui forum CARI, pelbagai kisah daripada kedua dua belah pihak telah dikongsikan sekaligus membuatkan perkara ini sepatutnya diselesaikan secepat mungkin.

Berbalas dan berkongsi kenyataan di laman sosial hanya akan membuka lebih banyak pekung di dada padahal kesudahnnya tiada pihak yang menang pun.

Buat Hafiz mahu pun Joy, sebaik-baiknya berbincanglah agar perkara ini dapat diselesaikan secara baik dan matang. - Apakes

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment