Baju Kurung Tunku Aminah Bakal Jadi Trend & Ikutan

   


Pada Isnin lalu berlangsungnya istiadat perkahwinan Diraja Puteri Sultan Johor, Tunku Tun Aminah Iskandariah dan pilihan hatinya Dennis Muhammad Abdullah.

Apa yang paling ditunggu ialah gaya dan penampilan Tunku Aminah. Rata-rata membayangkan busana yang disarung pada hari bahagianya itu mewah dan gah sekali.

Namun pada hari pernikahan dan persandinganya, Tunku Tun Aminah ternyata tampil cukup manis sekali dengan persalinan pengantin yang cukup sederhana.

Siapa sangka seorang puteri hanya ingin tampil sedarhana sahaja. Tiada batu permata berkilau pada busana tersebut, hanya sepasang kurung Teluk Belanga menjadi pilihan Tunku Aminah.

Busana tersebut jadi pilihan puteri ini untuk istiadat pernikahan, persandingan malah bersiram.

Menurut Tunku Aminah, baginda Sultan ingin mengekalkan budaya dan mengenakan busana tradisi Johor.

“Baginda meminta saya mencontohinya bagi mengekalkan budaya dan tradisi Johor. Jika tidak, baginda khuatir keunikan kami sebagai orang Johor akan hilang dan dilupakan buat selama-lamanya.

Selain penampilan sederhana, ada satu lagi perkara menarik tentang baju kurung Teluk Belanga tersebut.

Bahagian lengan baju kurungnya dilipat hingga kelihatan agak senteng. Ia bukan sesuatu yang baru. Ia sebenarnya merupakan satu gaya dan elemen pada busana Johor asli.

Apa yang pasti baju kurung Tunku Aminah ini bakal jadi trend dan ikutan buat bakal pengantin yang ingin tampil sederhana. - Apakes
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment