Dua Wanita Maut, Motosikal Dirempuh Kereta




KUCHING - Dua wanita maut selepas motosikal yang mereka naiki dirempuh sebuah kereta di Kilometer 17, Jalan Kuching-Serian, Padawan, awal pagi tadi.

Kedua-dua mangsa, Audrey Kymberlee Patrik, 28, dan pemboncengnya yang dianggarkan berusia 30-an masih belum dapat dikenal pasti identiti, maut di tempat kejadian dalam kemalangan itu, kira-kira jam 2 pagi.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkusaan Trafik Sarawak, Deputi Superintendan Bingkok John, berkata siasatan awal mendapati motosikal Honda Wave yang ditunggangi mangsa menghala ke arah Kuching.

Beliau berkata, sebaik tiba di lokasi kejadian, sebuah kereta jenis Toyota Vios yang dipandu wanita berusia 27 tahun dari arah bertentangan dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh motosikal berkenaan.

"Akibat rempuhan kuat itu, penunggang dan pembonceng motosikal tercampak beberapa meter dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

"Kedua-dua mangsa yang cedera parah di kepala dan badan kemudiannya dibawa ke Hospital Umum Sarawak untuk bedah siasat," katanya.

Beliau berkata, pemeriksaan lanjut mendapati pembonceng motosikal tidak membawa sebarang dokumen pengenalan diri dan polis kini sedang mengesan waris untuk urusan tuntutan mayat.

Katanya lagi, pemandu wanita sudah membuat laporan polis dan keterangan daripadanya berhubung kejadian sudah diambil untuk siasatan lanjut.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan saksi kejadian diminta tampil membantu siasatan," katanya. - Apakes

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment