RANTAU PANJANG - Empat maut termasuk tiga warga Myanmar dalam kemalangan di Kampung Batu Karang, di sini, awal pagi tadi.
Dalam kejadian jam 4.15 pagi itu, kereta jenis Proton Waja yang dinaiki lima lelaki dikatakan terbabas sebelum melanggar tiang elektrik.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Ibrahim Saad, akibat rempuhan kuat itu, tiang elektrik menghempap kereta mangsa menyebabkan tiga warga Myanmar maut di lokasi.
Katanya, seorang warga tempatan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Pasir Mas (HPM).
"Kesemua mangsa yang maut dihantar ke HPM untuk bedah siasat," katanya ketika dihubungi. - Apakes
0 comments:
Post a Comment