PENDANG - Dua lelaki maut, manakala seorang lagi parah selepas kenderaan mewah jenis Toyota Vellfire dinaiki mereka terbabit kemalangan di Kilometer 56.6 Lebuhraya Utara Selatan, dekat sini, tengah hari tadi.
Pemandu kenderaan pelbagai guna itu, Teow Seng Wee, 44, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah dengan tangan kirinya terputus.
Penumpang, Leong Ah Kow, 89, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar, jam 3 petang tadi.
Ketua Polis Daerah Pendang, Deputi Superintendan Fadzil Hashim, berkata, seorang lagi mangsa, Huang Jun Yi, 39, cedera dan dirawat sebagai pesakit luar.
"Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku kira-kira jam 12.30 tengah hari ketika kenderaan dinaiki tiga lelaki itu dalam perjalanan dari Alor Setar ke Pulau Pinang.
"Difahamkan, kenderaan itu terbabas dan merempuh pokok di sebelah kiri jalan," katanya sambil menambah kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Apakes
0 comments:
Post a Comment