Zulin Aziz Hormati Ahya Rosli Sebagai Kawan Rapat




Jika sebelum ini Zulin Aziz enggan bercerita lanjut mengenai hubungannya bersama anak pelakon wanita, Normah Damanhuri iaitu Ahya Rosli, pelakon ini mendedahkan sendiri apakah konflik yang berlaku di dalam hidupnya di atas dakwaan tersebut.

“Sejak keluar cerita kami rapat, saya menerima pelbagai mesej peribadi daripada peminat wanita di laman sosial. Ada yang menganggap saya perasan dan syok sendiri.

“Mereka juga menganggap kami tidak sesuai sebagai pasangan, malah cuba membanding-bandingkan saya dengan wanita lain. Saya bukan teman wanita Ahya dan antara kami, tidak pernah membuat apa-apa pengakuan”

“Ramai yang takut mendekati kerana mereka tahu saya dan Ahya rapat. Ada juga yang menyangka, kami sudah bertunang. Jatuh saham saya. Terus-terang, saya masih solo dan sedia membuka hati untuk dikenali lelaki,” kognsinya kepada portal berita tersebut.

Sementara itu, menurut Zulin, dia juga berharap agar wanita wanita di luar sana yang sering menghantar mesej peribadi di Instagram tidak usah risau kerana dia dan juga Ahya tidak mempunyai sebarang ikatan.

“Saya tidak kisah jika nanti Ahya mempunyai pilihan hati. Saya juga tidak perlu simpati kerana kami tidak pernah ada ikatan. Jadi, kepada wanita di luar sana yang sering menghantar mesej peribadi di akaun Instagram saya, hentikan perbuatan itu,” tegasnya. - Apakes

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment