Emma Maembong Dan Kamal Adli Masih Lagi Bersama




Pernah dikatakan sudah putus cinta dan renggang, hubungan antara Emma Maembong dan Kamal Adli masih lagi menjadi tanda-tanya dikalangan peminat.

Apa agaknya kesudahan pasangan ini yang agak lama menjalin hubungan. Malah, teman baik Emma iaitu Mawar Rashid pun sudah bertunang dan bakal berkahwin hanya beberapa bulan berkenalan dengan Raf Yaakob.

Emma memberitahu beliau dan Kamal masih lagi bersama, cuma mereka berdua belum lagi fikir untuk mendirikan rumah tangga.

Tiada perkembangan baru nak dikongsi mengenai saya dan dia (Kamal). Kami masih bersama. Cuma, ketika ini, masing-masing memberi tumpuan untuk masa depan.

Saya tak fikir soal kahwin buat masa ini.Saya hanya ikut rentak hidup dan tiada tekanan. Jika diikutkan, orang pun sudah tidak hiraukan kisah hubungan kami.

Saya pernah mengeluarkan kenyataan, selagi tiada kenyataan rasmi atau status dikongsi di laman sosial seperti Instagram atau saya sendiri bercakap mengenai kahwin, memang tiadalah (rancangan bernikah).

Jadi, janganlah percaya cerita yang belum pasti hujung pangkalnya. Sebaiknya, tunggulah jawapan rasmi saya (mengenai perancangan bersama Kamal). Kalau tak, janganlah percaya. - Apakes

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment