Wanita Maut Kereta Rempuh Belakang Lori



Wanita Maut Kereta Rempuh Belakang Lori 

SHAH ALAM - Seorang wanita maut selepas tersepit di tempat duduk pemandu dalam satu kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 34 Jalan Kuala Selangor-Meru di sini, pagi tadi.

Dalam kemalangan kira-kira jam 11.30 pagi itu, mangsa, Masitah Dimyati, 41, mengalami kecederaan parah di kepala selepas kereta jenis Perodua Viva dipandunya terlanggar belakang sebuah lori. Turut cedera adalah dua kanak-kanak, dipercayai anak saudara mangsa.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Mohd Asri A Wahab berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika lori dari arah Sungai Buloh itu memperlahankan kenderaan secara tiba-tiba untuk memasuki simpang ke Alam Perdana.

"Kereta yang dipandu mangsa dari arah sama merempuh belakang lori dan akibat perlanggaran itu, mangsa tersepit dan mengalami cedera parah sebelum dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang.

"Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke HTAR," katanya. Mohd Asri berkata, selain mangsa, dua kanak-kanak lelaki, Muhammad Ammar Irfan Mohd Sah Rolamri dan adiknya Muhammad Ammar Izzat, masing-masing berusia lima dan tiga tahun turut cedera dalam kemalangan itu.

"Mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Sungai Buloh dengan ambulans untuk rawatan lanjut," katanya. Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Apakes

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment