Fara Hezel Menumpang Populariti Aiman Tino



Fara Hezel Menumpang Populariti Aiman Tino 

Hajat kakak Aiman Tino, Fara Hezel untuk mencipta nama dalam industri hiburan seperti penyanyi remaja itu terlaksana menerusi penghasilan single berjudul Setiaku Pasti.

Pemilik nama sebenar Aziera Yusri, 21, itu bersyukur peminat adiknya turut memberikan sokongan tidak berbelah bagi namun pada masa sama enggan dicop menumpang tuah adiknya.

Katanya lagi, tidak timbul soal iri hati terhadap populariti diraih Aiman malah sedikit sebanyak ia menyuntik semangat supaya dia terus berani melangkah dan menonjolkan bakat.

"Kami adik-beradik tidak pernah bersaing sesama sendiri kerana berniat mencari rezeki. Saya tidak mahu dikatakan menumpang populariti. Biarlah kami saling membantu mengukuhkan tapak dalam industri seni tempatan.

"Saya sendiri tidak menyangka peminat Aiman memberi maklum balas positif terhadap Setiaku Pasti.

Dendangan ciptaan ibu dan ayah ini sebenarnya membawa makna besar terhadap perjalanan seni saya," katanya.

Terdahulu, Fara yang turut bernaung di bawah pengurusan Aries Music pernah tampil dalam muzik video lagu Ku Rela Dibenci yang melonjakkan nama Aiman di persada hiburan.

Antara lain, gadis kelahiran Kuala Kubu Baru itu juga menyumbang suara dalam single kedua adiknya itu, Permata Cinta. - Apakes


Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment