Tiada Istilah Saya Hendak Berhenti Berlakon - Izreen




Memperlahankan rentak dalam dunia lakonan, pelakon berstatus ibu tunggal beranak satu, Izreen Azminda menafikan mahu melupakan bidang seni.

Izreen mengaku dengan kedudukannya sekarang, dia perlu lebih realistik dalam memilih tawaran serta merancang masa depan demi anak tersayang.

"Tiada istilah saya hendak berhenti berlakon. Cuma menjadi ibu tunggal, saya perlu realistik dengan apa yang datang di depan mata.

"Sekarang kita lihat ramai artis meneroka dunia perniagaan... Saya juga tak ketinggalan. Selain itu, alhamdulillah, rezeki saya menjadi duta produk kecantikan mencurah-curah," katanya.

"Saya memang mahu aktif semula dan ada tawaran yang belum disahkan. InsyaAllah, bulan depan saya sudah kembali ke lokasi penggambaran," kata ibu kepada Adrian Umar ini.

Dalam perkembangan terbaharu, Izreen berkata, dia dilantik menjadi duta produk pembersihan wanita yang dikenali sebagai Poora.

"Jangan harap muka saja elok, tapi bahagian lain 'ke laut' (diabaikan). Biar seimbang semuanya," katanya yang tidak sabar berkongsi kelebihan produk Poora kepada peminat.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment