Nazrief Cuba Cabar Fattah?
Ramai peminat memuji suara pelakon yang mula dikenali menerusi drama Lara Terindah itu. Tidak sangka pula Nazrief mempunyai bakat besar dalam bidang nyanyian.
Bagaimanapun, apa yang tidak sedap didengar, ada pula peminat yang mula membandingkan suara Nazrief dengan Fattah Amin.
Fattah juga mempunyai keistimewaan tersendiri. Jika tidak, masakan siang malam semua stesen radio asyik memutarkan lagu Wanita Terakhir.
Apa saja yang dilakukan Fattah seperti berlakon, menyanyi dan tulis buku, semuanya dikutuk. Stigma berlakon macam kayu seperti tidak boleh dipisahkan dengan Fattah sampai bila-bila.
Tetapi dalam ramai yang mengutuk, Fattah tetap laris macam pisang goreng panas. Drama hebat semuanya Fattah sapu bersih.
Fattah makin popular dan hidup senang, orang yang mengutuknya dapat apa? Dapat dosa kering lagi adalah.
Nazrief tidak selesa apabila ada yang membandingkannya dengan Fattah. Bukan apa, mereka berteman baik kerana pernah berjuang dalam program Hero Remaja 2011/2012.
Khabarnya apabila muncul dengan single pertama, Fattah antara rakan artis yang terawal yang mengucapkan tahniah dan memberi sokongan kepada Nazrief. Jadi, Nazrief tidak senang hati apabila ada peminat mengutuk Fattah.
Khabarnya, Nazrief muncul dengan lagu Cinta Semalam bukan untuk mencabar Fattah atau mana-mana pelakon yang menjadi penyanyi kerana bidang itu diminatinya sejak di bangku sekolah lagi.
Bagi yang tidak tahu, Nazrief sebenarnya sudah berjinak-jinak dalam dunia nyanyian sejak usia belasan tahun.
Pelakon berusia 26 tahun itu menyertai banyak pertandingan nyanyian pada zaman persekolahan, cuma rezeki dalam bidang lakonan hadir terlebih dulu.
Minat Nazrief terhadap dunia nyanyian melebihi lakonan. Keinginan menjadi penyanyi tidak pernah pudar.
Hanya selepas menyertai syarikat pengurusan baharu, Mind Order Sdn Bhd, baru impiannya dapat direalisasikan.
Nazrief juga pernah cuba menyertai uji bakat Akademi Fantasia musim kelima selepas tamat sekolah. Malangnya, usianya belum cukup 18 tahun menyebabkan dia pulang hampa. - Apakes
0 comments:
Post a Comment