TERKINI: Mayat Rentung Bawah Kenderaan
MIRI - Satu mayat rentung ditemui terperangkap di bawah sebuah kenderaan yang terbabit dalam kebakaran lori tangki membawa muatan bahan api di Jalan Kidurong di sini, pagi tadi.
Mayat yang belum dikenal pasti identiti itu ditemui anggota bomba dan penyelamat Bintulu, sejurus selesai operasi memadam kebakaran, tengah hari tadi.
Ketua Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, Tiong Ling Hii, berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Bintulu untuk bedah siasat.
"Kebakaran berlaku selepas lori tangki yang membawa muatan diesel gagal dikawal pemandunya lalu terbalik ketika melalui selekoh dan terbakar," katanya di sini, hari ini.
Beliau berkata, beberapa letupan turut berlaku di lokasi kejadian yang turut memusnahkan empat kenderaan dan sebuah motosikal. - Apakes
0 comments:
Post a Comment