Saya Terpaksa Melakonkan Adegan Peluk Kerana Ingin Mengikut Skrip – Ungku Ismail




Masih ingat dengan pelakon Ungku Ismail Aziz? Sebelum ini beliau popular dengan drama Teman Lelaki Upahan.

Ungku Ismail boleh dikatakan seorang pelakon yang mempunyai karismanya tersendiri dan beliau terdahulu pernah memberitahu enggan menyentuh mana-mana wanita bukan mahramnya ketika berlakon.

Namun, demi menjayakan babak dalam drama Dendam Aurora, Ungku Ismail terpaksa melanggar prinsipnya itu.

Ini kerana beliau terpaksa mengikut kehendak skrip drama tersebut yang  adanya adegan berpeluk dan bersentuhan dengan heroin Nabila Huda.

Selama ini memang saya elakkan adegan peluk dan bersentuhan kerana bagi saya tidak perlu pun bersentuhan kerana memadailah sekadar menunjukkan kemesraan.

Tapi untuk drama Dendam Aurora ini berbeza kerana ia susah sedikit dan ketika mendapat skrip, saya tahu ia perlu adegan yang intim.

Jadi terpaksa jugalah, jika tidak, jalan cerita akan lari daripada cerita asalnya. Tapi, apa yang dilakonkan itu ada batasannya dan sesuai untuk tontonan masyarakat negara ini.

Ungku Ismail  memberitahu beliau sudah meminta izin daripada suami Nabila untuk melakonkan babak berkenaan.

Pada masa akan datang, Ungku Ismail berjanji beliau akan mengekalkan prinsip untuk tidak bersentuhan dengan pelakon wanita lain.

Orang ramai janganlah fikir negatif dahulu kerana drama tersebut juga belum ditayangkan dan kita tidak tahu babak-babak berpelukan dan bersentuhan antara Ungku Ismail dan Nabila Huda.  - Apakes


Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment