Maut Kereta Bertembung Bas Rapid Penang




BUTTERWORTH - Seorang maut manakala dua parah selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah bas Rapid Penang di Jalan Telok Air Tawar di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi itu, mangsa yang juga penumpang kereta jenis Perodua Axia, Syumul Yasier Ikhwan Abd Hisham, 21, maut akibat cedera parah pada bahagian badan dan kepala.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Azmi Adam, berkata kejadian dipercayai berpunca selepas pemandu kereta gagal memotong kenderaan di hadapannya sebelum bertembung dengan bas yang menghala ke Kepala Batas.

"Akibatnya, dua kenderaan itu bertembung menyebabkan seorang penumpang bahagian belakang kereta maut, manakala pemandu dan penumpang depan parah.

"Mangsa yang cedera kemudian dihantar ke Hospital Kepala Batas (HKB) bagi rawatan lanjut dan keadaan mereka dilaporkan stabil," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Azmi berkata, pemandu dan penumpang bas tidak mengalami kecederaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Apakes



Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment