Pekerja Ladang Disambar Buaya




PUSA - Seorang lelaki warga Indonesia hilang selepas disambar buaya di Sungai Plasan, Beladin, di sini, petang semalam.

Sebelum kejadian, mangsa yang dikenali sebagai Sulaiman, 25, bersama rakannya dalam perjalanan pulang dari tempat kerja di sebuah ladang kelapa sawit.

Difahamkan, mereka berhenti di tepi sungai untuk memancing.

"Ketika duduk di tebing sungai, seekor buaya tiba-tiba muncul lalu menyambar mangsa.

"Melihat mangsa hilang, rakannya terus berlari pulang dan memaklumkan kepada rakan lain sebelum memberitahu penyelia ladang," katanya.

Laporan dibuat di Balai Polis Pusa kira-kira jam 9 malam sebelum bomba dimaklumkan pada jam 9.43 malam. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, tiga anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Betong bergegas ke tempat kejadian.

"Tiga anggota menaiki kenderaan pacuan empat roda yang turut membawa sebuah bot untuk melaksanakan gerakan mencari dan menyelamat mangsa.

"Lokasi kejadian terletak 60 kilometer dari balai bomba dan perlu menaiki feri untuk menyeberangi Sungai Saribas," katanya.

Beliau berkata, tiga anggota terbabit tiba di lokasi pada jam 11.24 malam dan keadaan gelap menyukarkan operasi pencarian.

"Operasi mencari dan menyelamat mangsa akan diteruskan pagi ini dengan tumpuan di permukaan dan tebing sungai berkenaan," katanya. - Apakes


Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment