Pegawai Polis Maut Nahas Motosikal
ALOR SETAR - Ketua Balai Polis Menglembu, Asisten Superintendan V Saravanan maut manakala rakannya parah selepas motosikal mereka bergesel dengan sebuah kren di Kilometer 52.3 menghala utara berhampiran susur keluar Tol Alor Setar selatan di sini, petang tadi.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin, berkata dalam kejadian jam 4 petang, Saravanan, 39, parah sebelum disahkan meninggal dunia selepas hampir empat jam menerima rawatan di Zon Merah Hospital Sultanah Bahiyah di sini.
SARAVANAN (gambar kecil) maut selepas motosikalnya bergesel dengan sebuah kren di Kilometer 52.3 menghala utara berhampiran susur keluar Tol Alor Setar selatan di Alor Setar, petang tadi.
"Mangsa yang menunggang motosikal jenis Harley Davidson bersama beberapa rakannya dalam perjalanan dari Ipoh menghala ke Bukit Kayu Hitam sebelum terbabit dalam kemalangan.
"Siasatan awal, motosikal mangsa dipercayai tergesel kanan kren yang berhenti di lorong kecemasan kerana rosak," katanya yang ditemui di Jabatan Forensik HSB di sini sebentar tadi.
Mohd Rozi berkata, mayat mangsa dijangka dibedah siasat malam ini sebelum dituntut keluarganya.
"Kami menyediakan kenderaan untuk membawa mayat mendiang ke kampung halamannya di Meru, Ipoh dengan diiring kenderaan Ibu Pejabat Polis Daerah dan Kontinjen negeri," katanya.- Apakes
0 comments:
Post a Comment