SRI AMAN - Seorang nelayan yang dilaporkan hilang ketika balik dari laut selepas menangkap ikan bersama bapanya, Jumaat lalu, ditemui lemas hari ini.
Mayat mangsa, Mohd Harfa Mahdini, 25, ditemui tersangkut di celah pokok di tebing Sungai Batang Lupar pada jam 10.05 pagi tadi.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Nor Hisham Mohamad berkata, mayat mangsa ditemui kira-kira 11 kilometer dari pos kawalan bomba oleh penduduk kampung yang turut menyertai operasi mencari dan menyelamat.
"Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya.
Kehilangan Mohd Harfa, hanya disedari bapanya setibanya di jeti pekan Lingga pada jam 2.30 petang, Jumaat lalu.
Difahamkan, sepanjang perjalanan balik dari laut itu, mangsa duduk di atas bumbung bot yang dikemudi bapanya. - Apakes
0 comments:
Post a Comment