Janda Cedera Tertusuk Diri Sendiri Selepas Bertengkar Dengan Teman Lelaki 17 Tahun, Nekad Putuskan Hubungan




Alor Setar - Seorang janda yang berusia 25 tahun cedera di pinggan belah kiri selepas dia tertikam dirinya sendiri dengan pisau ketika bertengkar dengan teman lelakinya yang berusia 17 tahun di rumahnya di Kubang Rotan, Alor Setar di sini.

Pertengkaran itu dikatakan tercetus kerana cemburu.

Dalam kejadian yang berlaku pada 3.30 pagi itu, lelaki itu cemburu selepas teman wanitanya itu menghubungi lelaki lain untuk meminta bantuan menghantarnya ke Pulau Pinang untuk melawat bapanya yang sakit.

Wanita itu berkata, sebelum kejadian dia ada menghubungi rakan lelakinya meminta bantuan berkenaan namun disedari teman lelakinya yang datang ke rumah selepas terlihat nombor itu di dalam telefon bimbit seterusnya menyebabkan pertengkaran antara mereka.

Lelaki itu juga merupakan anak angkat bapa tirinya.

"Saya yang tidak tahan dipukul kemudian mengambil pisau di dapur untuk mempertahankan diri namun dia datang untuk merampas menyebabkan berlaku pergelutan sebelum saya tertikam diri sendiri sementara dia turut cedera di tangan.

"Darah ketika itu keluar tidak henti-henti dan keadaan saya sangat lemah dan hanya teringatkan keluarga sebelum teman lelaki menghubungi bapa tiri saya memaklumkan kejadian itu," katanya kepada portal itu.

Katanya, bapa tirinya yang tiba tidak lama kemudian terus membawanya ke hospital dan terpaksa menerima empat jahitan sebelum dibenarkan keluar wad hari ini.

"Saya baru sebulan menjalinkan hubungan dengannya dan tidak sangka kejadian ini berlaku namun nekad ingin memutuskan hubungan ini," katanya.

Suspek telah ditahan reman oleh polis bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan. - Apakes
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment