Mawar Rashid, Raf Bertunang



Pelakon Mawar Rashid mengikat tali pertunangan dengan kekasihnya Raden Ahmad Faizal Yaakob atau lebih popular dengan panggilan Raf, di sini petang tadi. Menurut Mawar, 22, Raf menghantar rombongan merisik pada awal Mei lalu sebelum membuat lamaran, kira-kira sebulan selepas itu.

Perkongsian mengenai lamaran berkenaan mengundang pelbagai reaksi peminat dan masyarakat di sosial media. "Sebenarnya Raf menghantar rombongan merisik pada 7 Mei lalu sebelum membuat lamaran romantik berkenaan, yang hanya membabitkan kami berdua.

Penjelasan ini dibuat kerana ada yang mendakwa kami membelakangkan adat Melayu.

"Majlis pertunangan ini diadakan secara ringkas dan hanya dihadiri oleh keluarga dan teman rapat kedua-dua belah pihak. Kami juga memilih untuk tidak membalas dulang kerana ia juga adalah keputusan pada saat akhir.

"Insya-Allah, kami akan menjemput semua pihak untuk majlis kahwin nanti. Buat masa ini, kami belum memilih sebarang tarikh bagi majlis perkahwinan, tetapi merancang untuk bernikah dalam tahun ini juga," kata Mawar.

Pada majlis pertunangan terbabit, bintang yang mencipta nama menerusi drama Suamiku Paling Sweet itu kelihatan anggun menggayakan busana rona kuning hasil sentuhan Cosry.

Mawar atau nama penuhnya, Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid terbuka hati menerima lamaran Raf kerana lelaki itu dapat membimbing beliau menjadi insan yang lebih baik, selain mendapat restu keluarga.

Sebelum ini, Mawar berkongsi detik indah dilamar oleh Raf, 32, yang juga adik kepada Datuk Fazley Yaakob, dalam sebuah rumah kosong yang bakal didiami oleh mereka selepas berumah tangga. - Apakes

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment