Izara, Adib Nikah Bakal Bernikah November Ini?
Pelakon jelita, Izara Aishah dan kekasih, Adib Khalid, bakal diijabkabulkan sebagai pasangan suami isteri pada 17 November depan.
Menurut Izara, 24, tarikh berkenaan dipilih hasil perbincangan yang diadakan antara kedua-dua pihak selepas majlis merisik oleh keluarga kekasihnya, Adib Khalid, petang tadi. IZARA Aishah dan Adib Khalid.
Ia hanya dihadiri oleh keluarga terdekat kedua-dua pihak.
"Perancangan untuk majlis merisik ini sudah diadakan lebih awal. Ia juga sengaja diadakan selepas Aidilfitri.
"Buat masa ini, belum ada apa-apa perasaan dialami, cuma saya lega apabila majlis merisik selesai diadakan," katanya sambil menafikan laporan mengatakan mereka turut ditunangkan pada majlis terbabit.
Sementara itu, kenangan sekitar majlis berkenaan turut dikongsi oleh ibu tiri Ketua Pegawai Eksekutif Tune Studio yang juga penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza.
Pada majlis itu, Izara dan Adib, 27, yang mula intim sejak tiga tahun lalu dilihat mengenakan pakaian sedondon berwarna kuning.
Dalam sekeping gambar, kelihatan ibu Adib, Datin Tengku Zawyah Tengku Izham, turut menyarungkan cincin sebagai tanda ke jari manis bintang Kau Yang Satu itu.
Biarpun sekadar majlis merisik, persiapan yang dibuat seakan-akan majlis pertunangan apabila ia dilengkapi dengan pelamin dan beberapa barangan hantaran seperti sirih junjung dan kek. - Apakes
0 comments:
Post a Comment