Jangan Jadi Penggoda Kata Azza Elite
Kontroversi membabitkan Aliff Aziz dan isterinya, Bella Astillah dan pelakon Afifah Nasir turut memberi kesan kepada artis wanita lain yang bimbang suami mereka turut ‘diminati’ wanita lain.
Pelakon dan penyanyi Azza Elite, 39, yang memuat naik status dalam Instagram hari ini dilihat seperti memberi ‘amaran’ kepada wanita lain supaya tidak menggoda suaminya, Azlan Zulaily, 30.
Azza ketika dihubungi berkata, kenyataannya itu dibuat secara umum dan tidak ditujukan kepada sesiapa.
“Apabila saya lihat ada rakan artis yang memuat naik kenyataan berupa amaran di laman sosial mereka, saya pun ikutlah sama tetapi sebenarnya ia bukan baru bagi saya.
Sebelum meletusnya kontroversi itu, saya memang selalu meletakkan status ‘jangan kacau suami saya’ dan pengikut saya di Instagram memang sudah tahu saya bergurau tanpa ditujukan kepada sesiapa.
“Namun, apabila tercetusnya kontroversi itu, gurauan saya kini bertukar menjadi peringatan. Apabila berlakunya perkara seperti itu, kita tidak boleh salahkan sebelah pihak saja kerana ibarat kata pepatah, ‘ bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi,” katanya.
Azza yang sudah lima tahun mendirikan rumah tangga dengan Azlan berkata, mereka bahagia walaupun belum dikurniakan cahaya mata.
“Ini adalah perkahwinan kedua saya dan saya berdoa supaya ia berkekalan sehingga ke akhir hayat. Saya sentiasa berusaha melakukan yang terbaik dalam rumah tangga kami,” katanya. - Apakes
0 comments:
Post a Comment