Anak Izreen Dijangkiti H1N1
Anak kepada pelakon Izreen Azminda iaitu Adrian Umar, 3, dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur akibat Influenza A (H1N1) sejak kelmarin.
Izreen, 32, berkata, pada mulanya Adrian kerap muntah dan demam sebelum melarat selama beberapa hari.
"Adrian mula mengalami muntah-muntah pada Jumaat lalu dan waktu malam dia mula menggigil. Saya menyangka ia demam biasa, jadi saya berikan ubat.
“Bagaimanapun, keesokannya keadaan Adrian masih tidak berubah. Saya mula bimbang dan berasa pelik kerana ini kali pertama dia mengalaminya,” katanya.
Izreen berkata, selepas dibawa ke hospital, doktor mengesahkan anak tunggalnya itu dijangkiti H1N1 dan perlu ditahan di wad.
Menurutnya, keadaan Adrian beransur pulih dan dijangka dibenarkan keluar hospital hari ini.
"Insya-Allah jika bacaan darah dan keadaan tubuh Adrian semakin okay, mungkin dia boleh keluar hospital.
"Sejak kelmarin saya juga tidur di hospital. Sebagai ibu, sebak melihat keadaan anak yang sakit apatah lagi dia masih kecil. Bapanya juga ada datang melawat setiap hari," katanya. - Apakes
0 comments:
Post a Comment