Penyanyi dan juga juara program Akademi Fantasia musim 4, Faizal memaklumkan yang dirinya kini kembali bergelar duda selepas perkahwinan kali ketiganya berakhir dengan penceraian.
Sebelum ini Faizal pernah membuat pengakuan terjebak dengan gejala dadah dan berharap perkahwinan ketiganya itu bakal mengubah dirinya.
Namun Faizal telah pun melafazkan cerai terhadap Sahidatul Najiha pada 12 Disember 2016 dan kes mereka masih lagi dalam proses perbicaraan mahkamah.
Pasangan ini berkahwin pada 2015 dan telah dikuniakan seorang anak bernama, Nur Hanna Maleeka yang kini berusia sembilan bulan.
Kata Faizal:-
Siapa yang mahu berkahwin dan bercerai banyak kali? Kalau boleh biarlah hanya sekali dalam hidup. Ini adalah satu perjalanan hidup yang perlu saya lalui.
Saya maafkan bekas isteri dan terima dengan redha apa yang telah berlaku. Saya jadikan ini sabagai satu pengalaman yang bermanfaat di masa akan datang.
Apa yang boleh saya katakan, tidak mudah mencari seseorang yang boleh menerima saya serta kerjaya saya.
Mungkin bekas isteri sukar untuk memahami perjalanan seorang artis. Saya sudah lakukan sebaik mungkin dalam menjalankan tanggungjawab sebagai suami. Namun jika ini adalah ketentuan Ilahi, saya terima.
Selama ini saya hanya berdiam dan tidak ceritakan kepada sesiapa kerana masih bersedih. Malah sehingga kini ada sedikit rasa kecewa.
Namun saya tidak mahu perasaan tersebut berlarutan sehingga mengganggu perjalanan kerjaya. Saya hanya fikir positif dan kembali bangkit. Bahaya jika terlalu memikirkan kekecewaan tersebut
Tiada siapa mahu perkahwinan yang berakhir dengan penceraian. Lebih-lebih jika ia adalah perkahwinan kali ketiga.
Salam takziah buat Faizal dan isteri. Semoga ia akan menjadi pengajaran berguna untuk mereka berdua. Apa-apa pun jangan lupa tanggungjawab terhadap anak. Itu paling penting. - Apakes
0 comments:
Post a Comment