Datuk Seri Vida Belajar Menari?




Usahawan selebriti, Datuk Seri Vida, bakal mengambil kelas tarian sebagai persiapan dirinya yang kini bergelar penyanyi.

Vida, yang tampil dengan single sulung berjudul I Am Me ciptaan sepenuhnya Edry KRU berkata, beliau perlu belajar menari kerana lagu berkenaan berentak rancak dan kaya dengan 'mood' dansa.

"Saya serius mahu menjadi penyanyi dan saya tidak kisah untuk belajar menari demi single sulung saya ini. "Kalau diikutkan, masa saya memang terhad, tetapi saya kena bijak mencuri waktu untuk kebaikan diri sendiri," kata pengasas produk Vida Beauty terbabit.

Vida atau nama sebenarnya Dr Hasmiza Othman berkata, single sulungnya itu bakal diperkenalkan menerusi platform digital dan dilancarkan secara rasmi Jumaat ini.

Ditanya mengenai kemungkinan dirinya bakal menjadi bahan kritikan bersama penerbitan lagu terbabit, beliau mengaku tidak kisah mengenai hal itu selain menganggapnya sebagai perkara biasa.

"Saya sentiasa berani mengambil risiko. Lagu ini sangat istimewa dan saya simpan ceritanya sejak dua tahun lalu. "I Am Me adalah kisah mengenai kepercayaan dan keyakinan diri.

Kita kena hargai diri kita sendiri terlebih dulu, barulah orang akan menghormati kita," katanya ketika ditemui pada sesi rakaman video muzik lagu terbabit di sini hari ini.

Vida juga yakin lagu terbabit mampu tular dan mencuri hati semua lapisan masyarakat dengan mesej yang ingin disampaikan.

Katanya lagi, beliau menyimpan impian untuk melihat lagu berkenaan menawan dunia, seterusnya memperkenalkan lagi nama Malaysia pada peringkat antarabangsa. - Apakes

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment