Aisyah Aziz Bengan Dengan Netizen




Berang apabila isu pegangan agama dibangkitkan netizen gara-gara berpakaian seksi, Aisyah Aziz meluahkan emosinya di laman sosial.

Memberitahu, Aisyah berkata, dia kesal ada segelintir netizen melampaui batas dengan memberi kritikan berbaur negatif tanpa memikirkan kesan ke atas dirinya.

"Kadang kala apabila dibiarkan, kritikan yang dilemparkan melampaui batas. Saya bersuara kerana enggan membiarkan diri dipijak sesuka hati.

"Saya dicemuh kerana dikatakan berpakaian terlalu seksi sehingga dituduh tidak beragama. Siapakah mereka untuk meletakkan hukum kepada saya?

"Media sosial digunakan kerana ia adalah medium paling dekat untuk berkomunikasi dengan peminat. Saya boleh menerima teguran, namun biarlah kena pada caranya," katanya.

Baru-baru ini, bekas pelajar Akademi Fantasia (AF) 2013 itu meluahkan perasaan pada Insta Story mengenai kritikan netizen.

Malah, Aisyah menyekat akaun yang memberi aura negatif kepadanya. Dalam perkembangan lain, adik kepada penyanyi Aliff Aziz itu memberitahu, dia akan tampil dengan single terbaru, tidak lama lagi. - Apakes

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment