Ada Pihak Yang Cuba Melagakan Elvina Dan Mawar?





Baru-baru ini ada sumber menyampaikan yang Elvina dan Mawar sebenarnya sedang dalam situasi tidak bagus. Mereka berdua didakwa sedang bergaduh.

Sewaktu sesi fotografi, memang tidak nampak langsung kedua-dua artis muda lagi jelita ini sedang bergaduh. Malah tarik muka pun tidak. Bergambar sambil genggam-genggam lengan lagi.

Menurut sumber, punca permusuhan kedua-dua pelakon ini adalah kononnya Elvina ada menyampaikan cerita tidak enak membabitkan Mawar kepada kenalan mereka.

Seperti dalam artikel yang disiarkan sebelum ini, Elvina dan Mawar memang mengenali antara satu sama lain tetapi selepas masing-masing menyertai dunia lakonan dan sibuk, kedua-duanya jarang berjumpa.

Hendak jadi cerita, ada juga antara kenalan Mawar dan Elvina ini masih berkawan sesama mereka. Disebabkan itu juga ada antara mereka yang menyampai-nyampai cerita sehingga menimbulkan salah faham antara Mawar dan Elvina.

Mawar dikatakan menyerang Elvina atas aduan dibuat salah seorang teman mereka yang kononnya Elvina memburukkan Mawar.

Jelas teman itu, mujur ada pihak yang menyabarkan kedua-dua belah pihak sehingga pertengkaran tidak berpanjangan. Selepas berbincang, sedarlah mereka bahawa apa yang berlaku adalah ada antara rakan sesama mereka cuba melaga-lagakan dua pelakon muda ini.

Mujur juga kata teman itu, kedua-duanya dapat menyelesaikan masalah yang timbul dan tahulah mereka siapa dalang cuba menabur fitnah dan mahu melihat Mawar dan Elvina bergaduh.

Risau juga kalau masalah yang ditimbulkan orang tidak bertanggungjawab ini akan membuatkan timbul permusuhan antara Mawar dan Elvina.

Khabarnya, mereka akan ditemukan dalam satu drama bersiri tidak lama lagi. Rasanya tidak ada masalah untuk mereka berdua kerana masalah sudah selesai. - Apakes
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment