4 Ditahan Serang Balai Polis Dengan Bom Petrol




ALOR SETAR - Polis menahan empat lelaki termasuk seorang daripadanya mempunyai tujuh rekod jenayah lampau membabitkan pelbagai kes jenayah, susulan kejadian serangan molotov koktail di hadapan pagar Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda, di sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri, Senior Asisten Komisioner Mior Farid Al Athrash Wahid, berkata semua empat suspek berkenaan ditahan dalam operasi khas di tiga lokasi di sekitar daerah ini awal pagi tadi.

Mengulas lanjut, katanya tangkapan pertama dilakukan di kira-kira jam 1 pagi di Taman Ria Jaya, di sini, di mana seorang lelaki berusia 41 tahun ditahan, dengan sebuah motosikal jenis Sym Bonus dirampas.

"Kira-kira sejam kemudian dua lagi suspek berusia 25 dan 30 tahun ditahan dalam serbuan di Bandar Mutiara, di sini, dengan lelaki berusia 30 tahun itu disahkan memiliki tujuh rekod jenayah lampau membabitkan kes judi, mendatangkan kecederaan dan menyebabkan bencana.

"Dalam serbuan terakhir kira-kira jam 3 pagi di Jalan Bakar Sampah, di sini, kita menahan seorang lagi lelaki berusia 26 tahun," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, semua suspek kini direman mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah selama empat hari untuk membantu siasatan polis mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 pagi kelmarin, dua lelaki yang menunggang motosikal dipercayai ahli kongsi gelap Geng 04 membaling bom petrol ke arah pagar IPD Kuala Muda, dipercayai berpunca daripada rasa tidak puas hati atas penahanan beberapa ahli utama kumpulan berkenaan melalui Ops Cantas Khas baru-baru ini.

Melalui operasi berkenaan, seramai 62 orang dipercayai ahli kongsi gelap Geng 04 termasuk beberapa pemimpin kanan ditahan Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) menerusi Ops Cantas Khas di Kedah, Pulau Pinang dan Selangor. - Apakes

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment