2 Daripada Tiga Mangsa Lemas Ditemui




LIPIS - Tiga lelaki lemas dipercayai ketika sedang mandi di Sungai Lipis, berhampiran Pam Pasir Batu 13, Jalan Benta-Kuala Lipis, dekat sini, kira-kira jam 4 petang tadi.

Komander Operasi Kanan, Balai Bomba dan Penyelamat Lipis, Shahrul Nizam Nasir, berkata mayat pertama berusia 44 tahun ditemui kira-kira jam 4.25 petang manakala mangsa kedua pada jam 5 petang.

"Sembilan anggota kami masih menjalankan operasi mencari mangsa ketiga selepas menerima panggilan daripada orang ramai kira-kira jam 3.55 petang tadi.

"Setakat ini, identiti ketiga-tiga mangsa masih belum dapat dikenal pasti," katanya di sini, hari ini. - Apakes
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment