Yana Samsudin Sudah Untuk Teringin Hamil Lagi
Yana Samsudin Sudah Untuk Teringin Hamil Lagi
Biarpun usia anak pertama baru 10 sebulan, Yana Samsudin sudah teringin untuk hamil lagi. Bagaimanapun atas nasihat doktor, hasratnya itu terpaksa ditangguhkan dahulu atas faktor keselamatan kerana anak terdahulu, Aisy Mateen dilahirkan secara pembedahan.
“Meskipun anak saya baru berusia 10 bulan, tapi keinginan untuk menimang bayi kedua membuak-buak. Tapi baru-baru ini ketika berjumpa dengan doktor, dia menasihatkan saya supaya seeloknya hamil selepas anak saya berusia dua tahun kerana anak pertama dilahirkan secara pembedahan”
“Lagipun, Mateen masih menyusu badan sepenuhnya dan kelihatan seperti sukar untuk putuskannya jika saya hamil dalam masa terdekat nanti. Jadi saya fikir lebih baik beri masa untuk Mateen dahulu sebelum lahirkan anak kedua nanti,” jelasnya.
Menurut Yana, perasaan untuk hamil lagi membuak-buak kerana beliau suka membesarkan anak secara serentak supaya mereka dapat membesar bersama. Orang kata wanita yang sudah hamilkan anak pertama pasti akan teringin mahu hamil lagi kerana seronok katanya. - Apakes
0 comments:
Post a Comment