“Dia Pernah Ke Nampak Saya Mengangkang?”
“Dia Pernah Ke Nampak Saya Mengangkang?”
Ketika bulan puasa inilah banyak betul dugaan yang mendatang dan sebagai selebriti yang sudah lama bertapak di dalam indsutri, pelakon Fauziah Ahmad Daud atau Kak Ogy dalam masa yang sama tidak terlepas daripada mendapat kecaman gara gara menjual Sambal Goreng Saadiah Ogy.
Lebih teruk lagi, kenyataan yang dikeluarkan di Instagram tersebut memburukkan perniagaan Ogy selain dilihat turut mengajak orang ramai agar tidak membeli sambal yang diniagakan oleh pelakon wanita tersebut.
“Saya langsung tidak kenal siapa dia, kenapa dia bertindak menghina, memfitnah dan cuba untuk menabur pasir dalam ‘periuk nasi’ saya? Dia pernah ke nampak saya ‘mengangkang’ sana sini masa saya muda-muda dulu?”
“Saya tahu akaun tersebut palsu dan digunakan untuk menghentam saya. Namun saya terpanggil untuk berkongsi entri tersebut sekadar mahu menyedarkan netizen kalaupun ada yang bencikan saya sekalipun, sekurang-kurangnya hormatlah bulan penuh mulia ini,” jelasnya. - Apakes
0 comments:
Post a Comment