Van Mungkin Dipandu Laju - Polis


Van Mungkin Dipandu Laju - Polis

Polis percaya pemandu van yang terbabit dengan nahas ngeri di Kampung Telekong, Kuala Krai, hingga membawa kepada tujuh kematian, memandu kenderaan itu dengan laju.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner Din Ahmad, berkata polis sedang melakukan siasatan yang menjurus kepada punca kemalangan itu berlaku.

"Kita yakin terdapat unsur memandu dalam kelajuan tinggi kerana van terbabit cuba memotong kenderaan lain dan ia memerlukan kelajuan serta ditambah pula dengan kurangnya kecekapan pemandu.

"Pemandu terbabit belum lagi ditahan reman kerana kami masih perlu melengkapkan kertas siasatan," katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, di sini, sebentar tadi.

Din berkata terdapat sedikit kekeliruan yang berlaku sebelum ini di mana pihak tahfiz terbabit memaklumkan bahawa pemandu van memiliki lesen memandu namun siasatan pihak polis mendapati ketika kejadian van terbabit dipandu orang lain.

Katanya, van dipandu oleh seorang pemandu lain yang berusia 24 tahun dan tidak memiliki lesen memandu.

"Kita akan siasat kes ini mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan dan siasatan menjurus kepada kecuaian yang menyebabkan kemalangan maut. "Sebaik kertas siasatan selesai, kita akan merujuk kepada pendakwaraya," katanya. - Apakes


Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment