Selepas Selesai Munafik 2, Maya Karin Bakal Memasuki Studio


Selepas Selesai Munafik 2, Maya Karin Bakal Memasuki Studio

 Merancang terperinci jadual kerjaya, aktres jelita, Maya Karin bakal memasuki studio untuk projek rakaman single terbaharu sebaik penggambaran filem Munafik 2, selesai. Maya memberitahu, setakat ini, sembilan lagu sudah dipilih.

"Kita akan pilih dua lagu terbaik untuk dijadikan single. Saya harap sebelum akhir tahun ini, single itu dapat dilancarkan," katanya.

Baca: DILAMAR MELALUI NOTA PELEKAT - PAK NIL

Berkongsi butiran lanjut mengenai projek itu, Maya berkata, antara komposer yang menyumbangkan lagu adalah Aizat Amdan, Awi Rafael dan Yassin. Mengenai perkembangan penggambaran filem Munafik 2 arahan Syamsul Yusof, Maya berkata, berikutan perubahan jadual, pembikinan filem terbabit terpaksa dilakukan pada bulan puasa.

"Hampir seminggu menjalani penggambaran pada bulan puasa memerlukan saya untuk 'mendesak' diri bekerja. "Mujur kebanyakan penggambaran dilakukan pada waktu malam. Selalunya kami sempat bersahur di lokasi penggambaran.

"Cuma apabila pulang ke rumah, saya sukar melelapkan mata dan mendapatkan rehat yang cukup," katanya yang mengimpikan berlakon sebuah lagi filem tahun ini.
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment