Tangguh Majlis Kahwin - Hans Isaac


Tangguh Majlis Kahwin - Hans Isaac

Aktor terkenal, Datuk Hans Isaac, menangguhkan majlis perkahwinannya yang sepatutnya berlangsung 29 Julai depan ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

Menurut Hans, keputusan itu dibuat berikutan bapa kepada tunangnya, Gabrielle Robinson, tidak dapat menghadirkan diri pada tarikh itu disebabkan terikat dengan kerja di luar negara.

"Silap saya juga kerana tidak berbincang dengan keluarga Gabrielle mengenai tarikh perkahwinan yang saya sendiri pilih itu. Ingatkan nak buat kejutan.

"Apapun majlis perkahwinan itu akan tetap diteruskan pada tahun ini juga kerana bayaran untuk hotel dan pelbagai perbelanjaan lain sudah pun dijelaskan," katanya ketika ditemui pada majlis Tayangan Program Hari Raya Astro yang diadakan di sebuah hotel di sini, hari ini.

Februari lalu, pengarah dan penerbit terkenal ini mengumumkan bakal mendirikan rumah tangga dengan bekas ratu cantik berusia 28 tahun itu selepas sebulan mengikat tali pertunangan.

Dalam perkembangan berkaitan, Hans turut memberitahu, pihaknya sudah pun menarik balik keputusan untuk menyaman bekas teman lelaki Gabriella, Robin Coenraad, yang menyebarkan fitnah terhadap tunangnya di laman sosial.

"Saya anggap kes ini sudah selesai dan dia (Robin) sudah pun menarik balik kenyataan yang ditulisnya di laman sosial sebelum ini," katanya.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment