Suri Rumah Maut Motosikal Dirempuh
Suri Rumah Maut Motosikal Dirempuh
MARANG - Hasrat seorang suri rumah mahu menikmati masakan gulai kawah untuk hidangan berbuka puasa bersama anaknya tidak kesampaian selepas maut dalam satu kemalangan di Kampung Mak Kemas, Marang, pagi tadi.
Dalam kejadian jam 9 pagi itu, mangsa Rosnani Mustaffa, 52, dari Kampung Surau Haji Mat Zain dalam menunggang motosikal untuk membeli daging. Ketika tiba di tempat kejadian, mangsa cuba membelok ke arah kanan menuju ke gerai menjual daging di tepi jalan tetapi sebuah kereta jenis
Proton Preve yang dipandu seorang lelaki dari arah sama tidak sempat memberhentikan keretanya lalu merempuh motosikal mangsa dari belakang. Akibat rempuhan kuat itu, mangsa melambung ke atas cermin depan kereta sebelum tercampak ke atas jalan raya.
Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala. Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Mohd Suhaimi Ali ketika ditemui mengesahkan kejadian itu.
Katanya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu untuk bedah siasat. - Apakes
0 comments:
Post a Comment