Tangan Tersepit Dalam Mesin Pengadun Tepung



Tangan Tersepit Dalam Mesin Pengadun Tepung

SAMARAHAN - Seorang wanita terpaksa menahan kesakitan kira-kira satu jam selepas tangan kanannya tersepit dalam mesin pengadun tepung, hari ini.

Kejadian kira-kira jam 1.30 tengah hari itu berlaku ketika wanita berusia 39 tahun itu sedang mengadun tepung di gerainya di pengkalan feri Kota Samarahan di sini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Tiong Ling Hii berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 1.47 tengah hari apabila usaha beberapa peniaga lain mengeluarkan tangan mangsa gagal.

Beliau berkata, sembilan anggota dengan sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Samarahan tiba di lokasi kejadian pada jam 1.50 tengah hari.

"Setibanya di lokasi didapati seorang wanita sedang menahan kesakitan dengan tangan kanannya tersekat di dalam mesin pengadun tepung.

"Anggota kami bertindak menggunakan peralatan menyelamat untuk mengeluarkan tangan mangsa dengan merenggangkan mesin berkenaan dan berjaya mengeluarkan tangan mangsa pada jam 2.48 petang," katanya.

Beliau berkata, anggota Perkhidmatan Anggota dan Penyelamat Paramedik (EMRS) dan kaki tangan Klinik Kesihatan Kota Samarahan kemudiannya merawat mangsa di lokasi sebelum merujuknya ke hospital untuk rawatan lanjut. - Apakes

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment