Suami Isteri Maut Dirempuh Di Lebuhraya MEX



Suami Isteri Maut Dirempuh Di Lebuhraya MEX 

KUALA LUMPUR: Suami isteri maut selepas motosikal yang mereka naiki dirempuh dari belakang oleh sebuah pacuan empat roda di Kilometer 4.9 Lebuhraya Maju Expressway (MEX), dekat sini, petang semalam.

Dalam kemalangan itu jam 5 petang, penunggang motosikal, Muhammad Jabrullah Yahya, 27, dan pembonceng, Nur E'Ezati Md Sofri, 27, kedua-duanya dari Bandar Putra Permai, Sri Kembangan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Nadzri Hussain, berkata motosikal mangsa dirempuh di lorong kecemasan itu menyebabkan mereka tercampak ke penghadang besi di sebelah kiri lebuh raya.

"Sementara motosikal milik mangsa diheret sejauh 200 meter.

"Akibat kemalangan itu, Jabrullah cedera parah di dada sementara E'Ezati cedera di kepala," katanya dalam satu kenyataan. Nadzri berkata, semasa kejadian, keadaan cuaca baik dan menurut keterangan daripada seorang saksi kejadian, kenderaan pacuan empat roda itu menggunakan lorong kecemasan lalu melanggar motosikal mangsa.

"Pemandu terbabit yang berusia 41 tahun, dari Bandar Baru Bangi, tidak cedera dan ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 sementara waris mangsa sudah dikesan," katanya. - Apakes

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment