Kemalangan Bas Ekspress 4 Cedera


Kemalangan Bas Ekspress 4 Cedera

Empat penumpang sebuah bas ekspres cedera selepas kenderaan yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lagi bas ekspres di Kilometer 81.2 Lebuh Raya PLUS arah utara Ayer Hitam-Yong Peng.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Abd Wahib Musa, berkata kedua-dua bas terbabit dalam perjalanan dari Johor Bahru menuju Kuala Lumpur sebelum terbabit dalam kemalangan, kira-kira jam 1.20 tengah hari, Khamis.

"Mereka yang cedera masing-masing membabitkan dua lelaki dan dua wanita, manakala 21 lagi penumpang bas berkenaan termasuk dua pemandu tidak cedera.

"Sebuah lagi bas yang dilanggar dari arah belakang membawa 16 penumpang dan kesemua mereka bersama dua pemandu turut tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya dalam kenyataan di sini.  

Katanya, siasatan polis mendapati punca kejadian adalah disebabkan kecuaian seorang daripada pemandu bas terbabit yang melanggar dari belakang. - Apakes

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment